The taste was amazing that I have mixed feedback from my fan (read: kiddos around my area and their mothers :p) It taste like Kuih Bakar in cake version; Pandan Cake with Caramel; green cake with rich butter cream.
I made this few times this week due to birthday celebrations or just another tea party that us Mom did on evening chat.
Will put note that the original recipe is too sweet for my liking, even the others who tasted mine agree. I have tried reduce it to 150g sugar and still sweet. I also tried replacing santan with full cream milk but santan version was a lot better.
Recipe copied from her blog and few edits for my notes.
Pandan Cup Cake
Resepi Oleh : Bitter Sweet Spicy
200 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder (I use normal baking powder)
125 gm salted butter - lembutkan
1/2 sudu teh esen vanilla
150 gm gula halus ~ boleh kurang lagi
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
75 gm santan pekat + 25 gm air
2 sudu besar jus pandan ~ 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya
sedikit pewarna hijau
Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 170C
Sediakan muffin pan atau cup cake secukupnya
Satukan tepung dan baking powder kemudian ayak ~ ketepikan
Satukan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata ~ ketepikan
Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar
Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
Tuang dalam cawan kek 3/4 cawan penuh sahaja
Susun dalam loyang muffin dan bakar selama 25 minit
Setelah masak, sejukkan atas redai
Gula Melaka Italian Meringue Buttercream
50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1/8 cawan air
Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula larut
Kemudian sejukkan
80 ml air
150 gm gula halus
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
250 gm butter tanpa garam ~ di potong dadu
1 sudu besar caramel gula Melaka ( adunan gula Melaka yang di masak tadi )
Satukan air dan gula dan masak hingga pekat dan suhunya mencapai 117C.
Jika tak ada jangka suhu anda boleh gunakan garfu. Celup garfu dalam larutan gula. Bila anda angkat garfu, larutan gula akan terbentuk macam kaki itik. Itu bermakna gula tu dah cukup pekat.
Kemudian tuangkan caramel gula Melaka tadi , gaul rata biarklan sekejap ia pekat.
Sementara anda lihat gula dah didih dan dah terbentuk kaki itik tadi, baru putar telur dan kuning telur dalam mesin pemutar hingga kembang, bila dah kembang terus tuang gula yang panas-panas ke dalam telur tadi sambil terus putar hingga sebati
Bila dah sebati, simpan dalam peti sejuk dengan pemutar dan mangkuk pemutarnya sekali ( ingat !! bukan mesin pemutar ya, hanya mangkuk dan alat pemutar sahaja )
Bila dah betul- betul sejuk (I let it cold for 1half hours)
Putar semula dan masukkan esen vanilla, dan butter satu persatu sambil putar hingga kembang dan halus.
Kemudian masukkan dalam piping bag dan paipkan atas cup cake tadi
Peringatan
Adunan untuk kek padan tadi hanya dapat 12 cup cake sahaja
Adunan Italian meringue pula untuk 24 cup cake ~ 30 cup cake
Jadi untuk seimbangkan anda kena buat 2 atunan untuk cup cake
Untuk caramel gula Melaka .. kalau tak nak 2 kali kerja, masa buat caramel gula Melaka untuk frosting, anda boleh lebihkan sukatan buat terus 2 adunan. I just the left overs from the buttercream and add a bit water to drizzle,
No comments :
Post a Comment